Rencana : Bahasa Melayu Pesat Berkembang Di Negara Tembok Besar


Disapa oleh warga asing dalam bahasa Melayu ketika berada di luar negara sentiasa mengujakan penulis, dan itulah yang dirasai apabila pertanyaan “apa khabar” menerjah pendengaran sebaik penulis menjejakkan kaki di Universiti Minzu, Yunnan, China lewat tahun lepas.  Tinggi lampai dan berkaca mata, yang menyapa adalah seorang lelaki tempatan dan memperkenalkan dirinya - dalam bahasa Melayu yang fasih - sebagai Zhao Ran, 36, seorang daripada pensyarah bahasa Melayu di universiti itu. Penulis terkejut dan kagum dengan kelancaran Zhao bertutur dalam bahasa Melayu - tidak ubah seperti rakyat Malaysia - kerana tidak dimaklumkan oleh penganjur Program China Asia Pasific Press Centre 2022, bahawa ada warga  universiti yang terletak di Kunming, ibu kota Yunnan itu boleh berbahasa Melayu.    -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments