Rencana : Usaha Pertanian Mampan Jadi Keutamaan Penduduk Melbourne


Usaha-usaha kelestarian serta meminimumkan jejak karbon terutamanya dalam pengeluaran makanan bukan setakat topik perbincangan di Melbourne, Australia. Sebaliknya, warga bandar kedua terbesar Australia ini, terutamanya komuniti petani, mengambil sikap serius terhadap isu ini. (Jejak karbon dikaitkan dengan jumlah pelepasan gas rumah hijau termasuk karbon dioksida akibat kegiatan manusia.) Dari menanam buah-buahan serta sayur-sayuran organik kepada menghasilkan sendiri baja kompos dan menggunakan kuasa solar, ladang di bandar ini turut menyertai program pendidikan untuk menyemai tanggungjawab melindungi persekitaran dalam kalangan anak-anak muda. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments