Rencana : Malaysia Juga Berdepan Risiko Jenayah AI - Pakar


Pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan atau AI, kini merentasi pelbagai bidang selain mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat, asal saja seseorang itu celik teknologi maklumat (IT). Merupakan satu daripada cabang sains komputer, AI yang dibangunkan bagi mengupayakan mesin atau sistem komputer membuat penaakulan dan berfikir seperti manusia, menawarkan manfaat yang begitu besar, khususnya bagi meningkatkan lagi kecekapan dalam operasi harian manusia.   Namun pada masa sama, potensi AI juga menarik perhatian pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan teknologi itu bagi melakukan jenayah. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments