Rencana : Usahawan Tenusu Kongsi Kejayaan Dengan Modal Awal Seekor Lembu


Memegang kepada peribahasa "Hati hendak, semua jadi", Megat Azim Jamil, 42, berjaya membuktikan bahawa kejayaan itu bukan mustahil untuk digenggam jika seseorang itu bertekad dan berusaha gigih. Bermula dengan menjual susu segar pada tahun 2012 yang diperolehi daripada seekor lembu tenusu, beliau kini mempunyai lebih 20 ekor lembu baka Australian Jersey Friesian yang dibela di ladang seluas kira-kira 1.2 hektar di Semenyih, Selangor. "Jika diimbau kembali, saya sendiri tidak sangka akan berjaya hingga ke tahap ini. Dengan berbekalkan modal awal RM7,000 untuk membeli Jasmin, iaitu lembu pertama saya, saya mula berniaga susu segar berperisa dalam botol dengan bantuan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS) di sekitar Selangor. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments