Michael John Henry Tao mengampu buah koko dengan tangan kirinya, sebelum parang di tangan kanan diayun mengenai lenggai yang berwarna kekuningan itu. Hanya selepas beberapa kali ditakik barulah lenggai koko terbelah, mendedahkan gugusan ulas berwarna putih. “Sik terkabey gik aku mauk melah ya (Aku sudah tidak larat lagi nak membelah buah koko ini),” rungut Michael kepada isterinya Helen Sili yang turut membantu. -
BERNAMA
0 Comments