Rencana : Kompleks Pemulihan Dan Latihan Kimanis Pupuk Potensi Golongan Istimewa Sabah


Terletak tidak jauh dari Pekan Lama Kimanis, Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis di Papar, Sabah memberi sinar kepada golongan istimewa untuk menjalani kehidupan sepertimana insan biasa.    Di situ, bakat dan potensi orang kurang upaya diteroka dan dipupuk, agar mereka boleh memanfaatkan kemahiran yang diasah untuk berdikari dan seterusnya berjaya dalam hidup. Malah, impak kewujudan kompleks itu bukan sahaja dirasai oleh golongan berkenaan tetapi juga warga petugas termasuk Pengetuanya Dk Suhaila Pg Suhaimi, yang berkata pusat tersebut mengajar beliau tentang makna sebenar, antara lain, belas ihsan dan keterangkuman. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments