Rencana : Jangan Leka, Jenayah Penipuan Kewangan Masih Berleluasa


Pelbagai pendekatan dan peringatan dilaksanakan, baik oleh pihak berkuasa ataupun institusi perbankan, namun jenayah penipuan kewangan dalam talian di negara ini masih menunjukkan trend peningkatan. Mangsa pula daripada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan profesional dan ahli perniagaan berjaya. Semuanya tidak terlepas daripada diperdaya, sama ada dikatakan terbabit dalam kegiatan haram ataupun digoda dengan pelaburan yang kononnya membawa pulangan lumayan.     Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, kes jenayah penipuan kewangan meningkat sebanyak 37 peratus kepada 32,366 kes dalam tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas yang merekodkan 23,608 kes.   -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments