Rencana : Negara Masih Kekurangan Pakar Antropologi Forensik


Tidak seperti kebiasaan, permintaan seorang pegawai polis agar beliau turut terlibat dalam siasatan kes kematian seorang wanita bersama-sama pasukan forensik Belanda, membuatkan Prof Dr Faridah Mohd Nor berasa serba salah. Manakan tidak, naratif kematian mangsa yang disampaikan menerusi telefon oleh pegawai polis yang juga kenalannya itu, menyentap perasaan pakar antropologi forensik tersebut, membuatkan beliau terdiam. “Bolehkah saya serahkan kes ini kepada Prof? Ini melibatkan tulang-temulang dan Prof patut ambil kes ini. Kes ini juga sangat penting sebab mangsanya adalah rakyat Malaysia,” kata Dr Faridah, memetik kata-kata kenalannya, ketika mengimbas satu kes yang diterimanya pada 2016 kepada Bernama. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments