Rencana : Teater "Bermusim" Rencatkan Pemulihan Seni Persembahan Pascapandemik


Seawal 10 pagi, Sakrani Shamsuddin, 56, sudah berada di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi melakukan kerja-kerja pentadbiran dan produksi, termasuk menyediakan alatan serta kostum satu pementasan teater yang dijadualkan  Oktober ini.  Dibantu oleh beberapa kru persembahan, Presiden Persatuan Teater Malaysia ini biasanya sibuk dengan kerja tersebut dari awal pagi hingga petang sebelum mengikuti dan melihat perjalanan latihan intensif pelakon yang lazimnya berakhir pada lewat malam.  "Beginilah rutin harian saya sejak pertengahan bulan Julai, sibuk dengan persediaan untuk pementasan teater bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Sebelum ini kami sibuk dengan pementasan teater   monodrama Kopi Pangku yang dipentaskan pada Ogos lepas, dan sekarang dengan latihan teater Lantai T. Pinkie,” katanya kepada Bernama.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments