Sesi kemasukan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam pada 17 Julai lepas merupakan pengambilan terakhir kendalian Kementerian Pendidikan (KPM) apabila kuasa tersebut diserahkan kepada pengetua sekolah atau pengetua Kolej Tingkatan Enam berkuat kuasa serta-merta. Ini bermakna, kuasa autonomi yang diberikan kepada pengetua dan pengurusan sekolah membolehkan mereka menguruskan pemilihan pelajar ke Tingkatan Enam sebelum menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Biarpun begitu, ketika ramai yang menyambut baik usaha KPM menjenamakan semula Tingkatan Enam kepada Kolej Pra-Universiti dalam menaik taraf sistem pendidikan, ada pakar pendidikan berpandangan pengetua yang terlibat perlu diberikan pendedahan yang optimum tentang amalan terbaik proses pengambilan pelajar. -
BERNAMA
0 Comments