Terasa diri tidak dihargai dan dipinggirkan, selain kehilangan orang tersayang dan teman rapat secara berturut-turut dalam tempoh 2018 hingga 2019, membuatkan anak muda ini memilih syabu sebagai “peneman” bagi mengubat kesunyian dan membebaskan diri daripada kemurungan. “Saya berasa tertekan disebabkan oleh pelbagai masalah yang datang bertimpa-timpa. Tidak ada tempat untuk saya mengadu. Kemudian, nenek saya meninggal dunia, diikuti oleh tiga rakan. Ada yang maut kerana kemalangan jalan raya dan ada yang kerana penyakit,” kata lelaki berusia 26 tahun itu, membuka cerita kepada Bernama baru-baru ini. -
BERNAMA
0 Comments