Rencana : Pharmaniaga Komited Hantar Ubat Ke Lokasi Pedalaman, Terpencil


Hanya untuk mendapatkan ubat demam yang bernilai beberapa ringgit di Hospital Kapit, penduduk perkampungan rumah panjang di daerah Nanga Merit yang terletak kira-kira 100 kilometer dari bandar itu, terpaksa berbelanja sekitar RM150. Ironinya, ada klinik kesihatan di Nanga Merit, namun disebabkan daerah kecil di Kapit, Sarawak tersebut begitu jauh terpencil selain dipisahkan oleh Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia, ada masa bekalan ubat-ubatan di klinik berkenaan terputus selama berminggu-minggu. “Ketika itu belum ada jalan darat dari Nanga Merit ke Kapit. Jadi kami terpaksa menaiki bot penambang yang ambil masa dua  jam. Kami juga terpaksa menginap semalaman di hotel di pekan Kapit kerana bot hanya berlepas sekali sahaja sehari, iaitu pada sebelah pagi. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments