Rencana : Menjejak Manusia Prasejarah Nenggiri, Lebih Tua Dari Perak Man?


Berbaki lima tahun sahaja lagi, sebahagian Lembah Nenggiri yang kaya dengan khazanah warisan purba serta tapak arkeologi dijangka tenggelam sepenuhnya sehingga menyukarkan kerja ekskavasi untuk dijalankan pada masa akan datang. Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2027 akan menenggelamkan gua yang mempunyai warisan arkeologi  seperti Gua Cha, Gua Chawan, Gua Kecil (Batu Tambah), Gua Lubang Kelawar (Batu Tambah), Gua Keledung, Gua Rahmat, Gua Gemalah dan Gua Kelew. Namun, usaha sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak September 2022 berjaya menemui dan menyelamatkan pelbagai jenis artifak prasejarah termasuk yang terbaharu, penemuan rangka manusia lengkap di Gua Keledung Kecil yang sekali gus menyelamatkan khazanah terpenting sejarah tamadun dan kebudayaan manusia. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments