KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Pharmaniaga Bhd hari ini menjelaskan bahawa cadangan penempatan persendirian saham terbitannya yang diumumkan minggu lepas adalah sebahagian daripada usaha pengumpulan dana sementara dan bukan sebahagian daripada cadangan pelan regularisasi (penyusunan semula) yang akan dikemukakan kepada Bursa Malaysia Securities. -
BERNAMA
0 Comments