Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- Selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, pastinya Syawal yang tiba disambut dengan hati yang gembira, bukan sahaja dapat menjamu selera tetapi yang lebih bermakna dapat ‘balik kampung’ ke pangkuan ayahanda dan bonda. Lazimnya sepanjang bulan perayaan ini juga, kebanyakan kita sibuk mengatur jadual bagi menghadiri rumah terbuka yang diadakan sanak-saudara, kenalan juga jiran-tetangga. Sebulan berpuasa, sebulan jugalah kita beraya dan selama itulah mungkin ada yang sakan makan sehingga rutin diet sebelum ini, kata orang, ‘hanyut ke laut’. -BERNAMA

0 Comments