Oleh Soon Li Wei & Rohani Mohd Ibrahim SEKINCHAN, (Bernama) -- Bekalan lauk-pauk mentah di dalam peti ais semakin susut, namun kaki terasa begitu berat hendak ke pasar bagi menambah stok, lebih-lebih lagi mengenangkan kesesakan di jalan raya dan di premis itu sendiri. Tidak perlu resah. Layari sahaja akaun ‘Hasil Laut Saudagar’ di platform TikTok dan makanan laut yang anda ingin akan tiba di rumah dalam tempoh 24 jam selepas tempahan dan bayaran dibuat. Dihoskan oleh ‘Bang Amat’, akaun yang baru mencecah usia tiga bulan itu semakin popular dalam kalangan pengguna di sekitar Lembah Klang dengan kira-kira 22,800 pengikut, menjual pelbagai makanan laut, sama ada segar atau sejuk beku. -BERNAMA
0 Comments