Rencana : Kesihatan Usus Penting Cegah Penuaan Awal Dan Stabilkan Emosi - Pakar


Oleh Nurqalby Mohd Reda KUALA LUMPUR (Bernama) --  Usus yang sihat berkait rapat dengan kesihatan tubuh kerana ia mampu menyerap sumber nutrien penting daripada makanan dan memastikan sistem pertahanan badan berfungsi dengan baik. Meskipun kebanyakan penyakit berkaitan usus tidak membawa maut, namun ia boleh memberi kesan buruk kepada kualiti hidup sekiranya penyakit berkenaan kerap berlaku dan berpanjangan. Usus secara asasnya boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu usus kecil dan usus besar. Usus kecil adalah organ penghadaman dan berfungsi untuk mencernakan makanan, manakala usus besar atau kolon bekerja untuk menyerap air serta mineral dari makanan yang dimakan, serta menyingkirkan sisa buangan (najis). -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments