Rencana : Jaga Jantung Sedari Awal


Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Baru berusia 46 tahun, namun Airulmi Mokhtar telah beberapa kali menjalani prosedur berkaitan jantung, dan kini dia perlu mengambil empat jenis ubat berbeza sepanjang hayatnya bagi memastikan jantungnya berfungsi dengan optimum. Dia percaya kesemua itu kerana cara hidup tidak sihat yang diamalkannya sejak usia belasan tahun termasuk sebagai perokok tegar. Pengurus Pembangunan Perniagaan itu didiagnosis menghidap penyakit kardiovaskular atau CVD pada 2020 apabila pemeriksaan mendapati arteri jantungnya tersumbat hampir 90 peratus. Dia sebelum itu mengalami serangan jantung sebanyak dua kali semasa melakukan aktiviti harian. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments