Oleh Hasnah Jusid YUNNAN (Bernama) -- Terletak kira-kira 1,400 meter dari aras laut dan sentiasa diselubungi kabus, menjadikan Kampung Huanggualu di Malipo, Tianbao di sini, bagaikan sebuah desa di sebalik awan. Keindahan panorama kawasan pedalaman wilayah Yunnan yang bersempadan dengan Vietnam dan Myanmar ini turut membuatkan penulis terlupa bahawa kira-kira sejam sebelum itu menempuh perjalanan yang agak menggerunkan - menaiki bas di jalan berselekoh tajam dengan curam dan gaung dalam yang menunggu jika tersilap langkah. Belum lagi diambil kira lelah menaiki penerbangan selama empat jam dari Beijing ke Kunming sebelum menyambung perjalanan dengan bas mini selama empat jam lagi ke bandar Weshan - bandar terdekat dengan perkampungan itu - yang terletak di Wilayah Autonomi Wenshan Zhuang dan Miao, tenggara Yunnan. -
BERNAMA
0 Comments