Rencana : Kehangatan Cuaca Malaysia Menambat Hati Novelis “Before the Coffee Gets Cold”


Oleh Christine Lim KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia pada bulan November 2022, novelis tersohor Jepun, Toshikazu Kawaguchi begitu teruja dengan cuaca hangat negara ini berbanding dingin musim salji di negara kelahirannya itu. “Saya terpandang pokok krismas yang banyak dijadikan hiasan dan berasa sedikit ganjil kerana di Jepun, Krismas sering dikaitkan dengan masa paling sejuk di Jepun tetapi di Malaysia, ianya begitu selesa. Saya lebih suka berada di negara ini,” beliau yang juga seorang pengarang drama dan pengarah teater memberitahu Bernama ketika ditemu bual baru-baru ini. Kawaguchi, 52, berada di Malaysia dari 24 -28 November 2022 untuk menghadiri Festival Sastera Georgetown yang dianjurkan pada November 2022 di Pulau Pinang. Beliau juga memberikan ceramah awam anjuran Yayasan Jepun di kedai buku Kinokuniya, Kuala Lumpur. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments