Oleh Nabilah Saleh KUALA LUMPUR (Bernama) -- Umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Kelesuan mental dan fizikal penulis akibat long COVID yang dialami sejak sekian lama, seakan lenyap seketika apabila diberitahu terpilih mengikuti lawatan media ke Korea Selatan baru-baru ini. Lebih-lebih lagi program anjuran Kedutaan Korea Selatan ke Malaysia itu turut merangkumi konsert kumpulan K-Pop sensasi global kegemaran penulis iaitu BTS, selain melawat bandar raya Seoul dan kota pelabuhan Busan. Lawatan enam hari bermula 12 Okt itu bertujuan memperkenalkan Korea Selatan kepada masyarakat Malaysia dalam usaha negara tersebut membida penganjuran Ekspo Dunia 2030 - pameran terbesar dunia yang diselaras oleh Bureau International des Expositions (BIE), berpangkalan di Perancis. -
BERNAMA
0 Comments