Rencana : Ke Mana Pergi Bendera, Poster Dan Sepanduk Kempen Calon Selepas PRU-15 ?


Oleh Soon Li Wei KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hampir sampai ke penghujungnya namun suasana meriah terus menyelubungi setiap kawasan bandar dan kampung dengan hiasan bendera parti politik penuh warna-warni. Fenomena 'perang bendera' yang hanya berlaku hampir setiap lima tahun sekali itu, turut dihangatkan dengan kenderaan jentera pilihan raya calon sekali-sekala membuat rondaan di kawasan mereka dengan menggunakan pembesar suara. Tidak cukup kawasan kediaman, pasar awam, restoran serta premis perniagaan turut menjadi sasaran calon untuk mengedar poster serta risalah yang mengandungi biodata dan manifesto sambil beramah mesra dan memperkenalkan diri masing-masing. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments