Rencana : Suri Rumah Popularkan Semula Agar-agar Kering


Oleh Nurqalby Mohd Reda KUALA LUMPUR (Bernama) -- Pemanis mulut yang sering disebut sebagai 'kuih orang lama' ini menambah seri meja untuk dihidangkan kepada tetamu hanya di musim perayaan Aidilfitri atau Aidiladha. Meskipun hanya dijamu satu atau dua kali setahun, namun agar-agar kering, menu tradisional yang unik dan berwarna-warni ini sentiasa mendapat perhatian penggemarnya tanpa mengira peringkat usia. Di negeri pantai timur iaitu Kelantan dan Terengganu, agar-agar kering ini dikenali dengan nama ‘beleda kering’ oleh masyarakat setempat. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments