Rencana : Sejarah Dan Keindahan Nagasaki Janjikan Memori Tersendiri Kepada Pelawat


Oleh Christine Lim KUALA LUMPUR  (Bernama) -- Menerusi tinggalan pengaruh ketamadunan Barat dan hubungannya dengan China serta negara Asia lain termasuk Malaysia, Nagasaki menggamit pelawat asing yang mahu menjejaki zaman silam dalam lawatan mereka ke Jepun   Di sebalik sejarah hitam sebagai wilayah kedua dunia yang menjadi mangsa serangan nuklear, ada sisi lain yang boleh diteroka di bandar raya pelabuhan itu yang merupakan tempat pertembungan pelbagai budaya masyarakat apabila ia dibuka kepada dunia pada kurun ke-16.    Peranan Portugal, Belanda, China dan juga negara-negara lain serta revolusi perindustrian yang menjadi asas pemodenan Negara Matahari Terbit itu ditemukan hampir di segenap pelusuk bandar raya tersebut yang kini merupakan antara destinasi pelancongan popular Jepun. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments