Rencana : Melewati Niujie, Perkampungan Islam Di Beijing


Oleh Hasnah Jusid BEIJIN (Bernama) --  Kesukaran mendapatkan makanan halal khususnya di kota raya ini, mengundang rasa rindu penulis kepada tanah air, di mana segala-gala yang halal begitu mudah diperoleh. Pada ketika itu, penulis juga tertanya-tanya bagaimana agaknya kehidupan umat Islam yang hanya merangkumi sekitar dua peratus daripada kira-kira 1.4 bilion penduduk di China ini. Di mana mereka dapatkan sumber makanan halal? Mudahkah mereka beribadat? Soalan-soalan itu antara yang menerjah benak penulis ketika menjejakkan kaki di bumi Beijing ini pada pertengahan Julai lepas. Lebih-lebih lagi carian World Wide Web menemukan pelbagai “kisah” kehidupan umat Islam di negara yang dipimpin oleh Parti Komunis China ini.  -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments