Rencana : Jangan Jadi Mangsa Penggodam, Elak Risiko Ketirisan Data


Oleh Erda Khursyiah Basir KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kebiasaan menggunakan lima maklumat peribadi iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, alamat rumah dan emel sebagai kata laluan (password) mendedahkan pengguna kepada manipulasi penggodam.  Berkongsi perkara ini, Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, kebanyakan pengguna membina kata kunci keselamatan berasaskan lima maklumat berkenaan atas faktor ia mudah diingati. Namun ia sebenarnya memudahkan penggodam menjalankan aktiviti eksploitasi lebih-lebih lagi melibatkan akaun institusi perbankan. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments