Rencana : Dr Iskandar Lakar Sejarah Profesor Diabetes Pertama Universiti Nottingham, UK


Oleh Balkish Awang KUALA LUMPUR (Bernama) -- Perlantikan sebagai Profesor Perubatan Diabetes dan Metabolik di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Nottingham, United Kingdom bukan sahaja kemuncak kejayaan peribadi Prof Dr Iskandar Idris setakat ini bahkan melakar sejarah untuk Malaysia. Ini kerana secara langsung membuktikan anak Malaysia juga mampu bersaing di universiti bertaraf antarabangsa dan sudah tentunya akan menjadi pendorong serta sumber inspirasi kepada rakyat negara ini khususnya golongan muda. Tidak menyangka akan dipilih menyandang jawatan berkenaan pada Januari tahun ini (2022), Dr Iskandar, 52, menyifatkan pencapaian beliau itu adalah berkat usaha dan penat lelah yang tidak pernah mengenal erti jemu sekali gus pengiktirafan tertinggi buat dirinya di persada antarabangsa. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments