Oleh Fadzli Ramli KOTA KINABALU (Bernama) -- Setiap kali menjejakkan kaki di Negeri Bawah Bayu ini, hati Datuk Alias Abdul Rahman berbunga dengan rasa bangga melihat perubahan dan kemajuan yang dinikmati oleh negeri itu sekarang. Berasakan peranannya turut menyumbang kepada pencapaian Sabah, anak jati Negeri Sembilan itu bersyukur kerana pengorbanan beliau serta anggota Skuad 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada era 1970-an bagaikan terbayar. “Jejak kaki, turun di Lapangan Terbang (Antarabangsa Kota Kinabalu) sekarang ini (sudah dapat) tengok Sabah banyak sudah pembangunannya, sangat berbeza berbanding dahulu. -BERNAMA

0 Comments