Rencana : Perlu Undang-undang Lebih Ketat Perangi Sindiket Perhambaan Moden


Oleh Balkish Awang Sindiket pemerdagangan manusia melibatkan penjualan pembantu rumah berterusan biarpun ketika negara berhadapan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ramai dilaporkan berputih mata akibat ditipu dan menanggung kerugian ribuan ringgit. Dalam siri akhir daripada dua bahagian ini, wartawan Bernama Balkish Awang mendapatkan pandangan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) . KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kos sehingga RM15,000 untuk pembantu rumah! Sebanyak itulah yang perlu disediakan jika ada sesiapa di negara ini yang mahu mengambil pembantu rumah atau amah sehinggakan ramai yang terpaksa memilih ejen tidak berdaftar kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah. Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, faktor harga tinggi mendorong sindiket pemerdagangan orang bertindak liar dan rakus dengan kegiatan ‘menjual pembantu rumah’. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments