Oleh Soon Li Wei Wartawan Bernama, Soon Li Wei adalah antara 11 orang wartawan dari rantau Asia-Pasifik yang dipilih untuk membuat liputan 2022 UN Convention on Biological Diversity’s 4th Meeting of the Open-ended Working Group on the Post-2020 Global Biodiversity Framework di Nairobi, Kenya berlangsung pada 21 -26 Jun 2022. Artikel ini adalah sebahagian daripada laporan beliau sebagai felo Earth Journalism Network (EJN), program anjuran Internews, sebuah Pertubuhan Bukan Berunsur Keuntungan berpangkalan di California, Amerika Syarikat. NAIROBI (Kenya), 26 Julai (Bernama) -- Golongan wanita bukan sahaja mempunyai pengetahuan serta tanggungjawab yang unik dalam penggunaan lestari dan pemuliharaan biodiversiti tetapi juga adalah agen transformasi. Namun, pergantungan kepada ekosistem yang sihat untuk memberi makan anak serta ahli keluarga menyebabkan mereka terkesan teruk apabila berlaku pencemaran alam sekitar, kehilangan biodiversiti, perubahan iklim serta bencana seperti banjir. Beberapa orang aktivis wanita yang menyertai United Nations (UN) Convention on Biological Diversity’s Fourth Meeting of the Open-ended Working Group on the Post-2020 Global Biodiversity Framework di Nairobi (Kenya) menzahirkan kekecewaan mereka kerana kurangnya wakil wanita dalam proses membuat keputusan biodiversiti. -BERNAMA

0 Comments