Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam usaha memulihkan negara ekoran krisis pandemik COVID-19 menjadi tiga teras utama Konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Ogos 2021. Tiga teras utama ini perlu diterapkan dalam jiwa setiap rakyat bagi melahirkan insan berjiwa patriotik serta sayangkan negara menerusi usaha kerajaan menganjurkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di seluruh negara. Setakat ini, enam siri jelajah berjaya dilaksanakan iaitu di Johor, Perlis, Sabah, Terengganu, Perak, dan terkini di Kelantan dengan rancangan diperluaskan ke negeri lain pada masa akan datang. -
BERNAMA
0 Comments