Rencana : COVID-19: Lebih 30,000 Kes Harian Baharu Dalam Tempoh Seminggu


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan TERKINI Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 16 Julai hingga pukul 11:59mlm 22 Julai 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.64 juta kes. Di peringkat global, lebih 573 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.40 juta kes. Lebih 543 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sebanyak 30,127 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh seminggu ini (16 Julai -22 Julai 2022) dengan kes mencecah 5,000 pada 16 Julai dan 20 Julai. Jumlah ini berbanding 24,087 kes yang direkod untuk tempoh yang sama (9 Julai - 15 Julai 2022). Semalam (22 Julai), sebanyak 3,880 kes lagi dilaporkan, menjadikan kes aktif COVID-19 meningkat kepada 48,668 dengan 96.9 peratus (47,139 kes) menjalani kuarantin di rumah. Kes kumulatif COVID-19 Malaysia kini sebanyak 4,644,115. Sebanyak 14 lagi kes kematian pesakit COVID-19 dilaporkan semalam termasuk lima (5) kes di Selangor, menjadikan jumlah kes kematian setakat ini sebanyak 35,902. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments