Rencana : COVID-19: Kes Harian Baharu Bawah Lima Ribu, Lapan Kluster Baharu


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 23 Julai hingga pukul 12:00tgh 29 Julai 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.66 juta kes. Di peringkat global, lebih 579 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.41 juta kes. Lebih 549 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh enam hari (23 Julai-28 Julai) menurun sedikit kepada 24,024 kes dengan angka kes berada bawah lima ribu. Ini berbanding sebanyak 26,237 kes untuk tempoh yang sama 16 Julai hingga 21 Julai 2022. Semalam (28 Julai), sebanyak 3,926 kes lagi dilaporkan termasuk 23 kes import (21 di Johor), menjadikan kes aktif COVID-19 meningkat kepada 47,286 dengan 96.6 peratus (45,657 kes) menjalani kuarantin di rumah. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments