
Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 23 Julai hingga pukul 11:59mlm 29 Julai 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 4.67 juta kes. Di peringkat global, lebih 580 juta kes dilaporkan setakat ini dengan kes kematian sekitar 6.41 juta kes. Lebih 550 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 228 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jumlah kes harian baharu COVID-19 untuk tempoh seminggu (23 Julai-29 Julai) susut sedikit kepada 28,884 kes berbanding 30,127 kes untuk tempoh yang sama 16 Julai hingga 22 Julai 2022. Semalam (29 Julai), sebanyak 4,860 kes lagi dilaporkan termasuk 11 kes import, sementara kes aktif meningkat kepada 48,300. Daripada jumlah itu, 95.9 peratus (46,334 kes) menjalani kuarantin di rumah. Sebanyak 54 kes kematian pesakit COVID-19 dilaporkan sepanjang tempoh Rangkuman ini, menjadikan jumlah kes kematian setakat ini sebanyak 35,956 kes. -
BERNAMA
0 Comments