Rencana : "Bekwoh" Tarikan Jelajah AKM di Kelantan


Balkish Awang & Mohd Noor Iqram Rosli KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Program “Bekwoh Keluarga Malaysia” adalah antara keunikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang singgah di Kelantan bermula hari ini hingga Ahad. Dijadualkan berlangsung esok (Sabtu) di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat, Kota Bharu, bekwoh atau kenduri besar-besaran merupakan aktiviti masyarakat setempat dengan peranan serampang dua mata - meraikan acara besar dan mengeratkan silaturahim - selaras dengan matlamat AKM yang mahu merapatkan hubungan rakyat dengan pemimpin. Menerusi Bekwoh Keluarga Malaysia, rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu berpeluang menikmati gulai kawah serta pelbagai hidangan tradisi Kelantan bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.   -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments