Oleh Noorazlina Jindeh KOTA KINABALU (Bernama) -- Diakui, aktiviti rekreasi ekstrem luncur udara bukan untuk semua, namun bagi yang ada keberanian untuk mencuba, percayalah, anda tidak akan rugi. Meluncur di udara pada ketinggian kira-kira 2,700 kaki dari aras laut memberikan satu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi mata pula dihidangkan dengan pemandangan indah kehijauan belantara serta air laut yang membiru sayup di kejauhan. Setidak-tidaknya itulah yang penulis rasai ketika meneroka ruang angkasa Manggatal, kira-kira 15 kilometer dari bandar raya Kota Kinabalu, baru-baru ini. -BERNAMA

0 Comments