Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 29 Jan hingga pukul 12:00tgh 4 Feb 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.88 juta kes. Di peringkat global, lebih 388 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.7 juta. Lebih 307 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 225 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara melonjak kepada 61,426 kes apabila 5,720 lagi kes dilaporkan semalam sementara kumulatif kes kematian setakat ini sebanyak 32,000. Kes kumulatif COVID-19 Malaysia meningkat kepada 2,887,780 sejak pandemik COVID-19 melanda negara dengan tiga kes pertama, melibatkan tiga warga China, yang memasuki negara ini melalui Johor dari Singapura, dikesan pada 25 Januari 2020. Sebelum semalam, kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (29 Januari hingga 3 Februari 2022) melepasi paras lima ribu selama tiga hari iaitu pada 29 Januari (5,139 kes), 1 Februari (5,566 kes) dan 2 Februari (5,736 kes). -
BERNAMA
0 Comments