Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 5 Feb hingga pukul 12:00tgh 11 Feb 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.97 juta kes. Di peringkat global, lebih 406 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.8 juta. Lebih 326 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 225 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hampir tiga juta rakyat Malaysia sudah dijangkiti COVID-19 dengan kes aktif penyakit ini setakat semalam (10 Februari 2022) sudah melepasi 100 ribu. Malaysia terus dibadai kes harian baharu lima angka COVID-19 lima hari berturut-turut dengan catatan tertinggi semalam, iaitu 19,090 kes, yang turut melonjakkan kumulatif kes COVID-19 negara menghampiri tiga juta kes iaitu 2,975,422. Kes harian baharu COVID-19 tertinggi pernah direkod di Malaysia ialah sebanyak 24,599 kes pada 26 Ogos 2021. -BERNAMA
0 Comments