Rencana : COVID-19: Kes Aktif 122 Ribu, Sembilan Negeri Catat Kes Empat Angka


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman TERKINI Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 5 Feb hingga pukul 11:59mlm 11 Feb 2022. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.99 juta kes. Di peringkat global, lebih 408 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.8 juta. Lebih 328 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 225 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia terus bergelut dengan kes harian baharu lima angka COVID-19, enam hari berturut-turut dengan catatan tertinggi semalam melepasi 20 ribu dan sembilan negeri merekod kes empat angka. Kes harian baharu sebanyak 20,939 semalam (11 Februari) turut melonjakkan kes aktif COVID-19 dalam negara menghampiri tiga juta iaitu sebanyak 2,996,361.  Setakat pukul 11:59 malam 11 Februari 2022, data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan sebanyak 122,991 kes dengan kebolehjangkitan COVID-19. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments