Rencana : Taska Berdaftar Atau Tidak, Tetap Tidak Lepas Daripada Hukuman


Oleh Erda Khursyiah Basir & Balkish Awang Isu kecuaian, pengabaian dan penderaan bayi dan kanak-kanak oleh pengasuh, taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan sering kali berlaku bagaikan tiada berkesudahan. Lebih meruntun hati apabila ada yang tergamak bertindak kejam memperlakukan bayi dan kanak-kanak sehingga meragut nyawa mereka. Artikel siri keempat daripada lima bahagian ini mengupas isu mana-mana pihak tidak kira berdaftar atau tidak, tetap tidak terlepas daripada hukuman undang-undang sekiranya terlibat dalam isu pengabaian dan penderaan ke atas kanak-kanak. Fokus juga kepada keperluan polisi menyeluruh bagi memastikan jaminan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak di bawah jagaan pengasuh, taska mahupun pusat jagaan. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Sesiapa sahaja, sama ada pengasuh di rumah, taman asuhan kanak-kanak (taska) atau pusat jagaan yang berdaftar mahupun tidak, boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah dalam isu pengabaian, penganiayaan dan penderaan kanak-kanak. Menurut Muhammad Hariz Md Yusoff, seorang peguam, antara undang-undang sedia ada untuk tindakan berkenaan ialah Kanun Keseksaan (Akta 574), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611), Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506) dan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308). “Baik pengasuh, penyelia, pengusaha taska mahupun pusat jagaan berdaftar atau tidak berdaftar yang menawarkan perkhidmatan penjagaan atau asuhan kepada kanak-kanak, jika kemalangan berlaku ketika kanak-kanak itu di bawah kendalian dan pengawasan mereka, maka mereka boleh dibawa ke muka pengadilan (mahkamah),” katanya kepada Bernama baru-baru ini. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments