Rencana : Pupuk Jiwa Anak Warisi Tarian Barongan, Legasi Komuniti Jawa Johor


Oleh Soon Li Wei MUAR (Bernama) -- Berasal dari Tanah Jawa, tarian barongan mungkin agak asing bagi kebanyakan rakyat di negara ini, namun di Johor, tarian yang pernah pada satu ketika dikaitkan dengan unsur mistik itu lazim dipersembahkan di majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, malah di istana.  Peredaran masa bagaimanapun menyaksikan seni tari tersebut berdepan kemungkinan luput ditelan zaman. Justeru, demi menjamin kelangsungan budaya tinggalan nenek moyangnya, Mohd Nazaruddin Md Sintar, 48, memastikan anak-anaknya menjadi generasi kelima keluarga mewarisi kemahiran seni tari itu. "Ketika saya meneruskan legasi arwah datuk pada 2004, terdapat berpuluh-puluh kumpulan yang menarikan tarian ini, namun kini, setahu saya hanya ada tujuh yang masih aktif di sekitar negeri ini,” katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Parit Bugis, di sini baru-baru ini. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments