Oleh Muhammad Basir Roslan KUALA LUMPUR (Bernama) -- Mungkin ada ibu bapa yang mendapati anak remaja mereka lebih kecil atau rendah berbanding rakan sebaya. Jangan pandang remeh perkara itu kerana si anak mungkin mengalami masalah pertumbuhan linear yang boleh menyebabkan isu lebih besar iaitu pembantutan. Walaupun kadar pembantutan dalam kalangan remaja Malaysia secara relatifnya rendah, langkah-langkah menangani harus diambil kerana hingga kini isu mengoptimumkan pertumbuhan anak masih belum diberi perhatian serius, kata pakar. “Isu (kadar pembantutan) membimbangkan kerana tempoh remaja adalah peluang terakhir kita untuk memanfaatkan 'tempoh lonjakan tumbesaran',“ kata Dr Thiyagar Nadarajaw, Ketua Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah ketika dihubungi Bernama. -BERNAMA

0 Comments