
Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 4 Dis hingga pukul 12:00tgh 10 Dis 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.67 juta kes. Di peringkat global, lebih 268 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.3 juta. Lebih 241 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kluster tempat kerja mula banyak dikesan sepanjang tempoh hampir seminggu lepas dengan yang paling banyak kes positif COVID-19, Kluster Dah Meha Industri Kulim, Kedah, dilaporkan semalam. Kluster Dah Meha Industri Kulim (Kedah) melibatkan daerah Kulim, Baling, Kuala Muda dan Sik dan setakat semalam, sebanyak 133 kes positif dilaporkan. Setakat Rangkuman Mingguan Bernama (4 Dis hingga 9 Dis 2021), berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), daripada 57 kluster yang direkod, sebanyak 35 kluster adalah kluster tempat kerja dengan 13 kluster dilaporkan semalam. -
BERNAMA
0 Comments