Rencana : COVID-19: "Omicron" Pantas Merebak, Jangan Sejarah Berulang


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 27 Nov hingga pukul 1:00tgh 3 Dis 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.64 juta kes. Di peringkat global, lebih 264 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.2 juta. Lebih 238 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 222 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Dengan kes pertama "Omicron" sudah dikesan di negara ini, Malaysia meningkatkan langkah untuk memastikan varian COVID-19 bermutasi tinggi yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan itu, tidak merebak seperti varian ganas Delta. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu sidang media hari ini, kes indeks melibatkan seorang pelajar (bukan warganegara) sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak yang sudah lengkap mengambil vaksin dan melakukan perjalanan pulang ke ke Afrika Selatan. Antara langkah berkenaan ialah menguatkuasakan pemakaian peranti pengesan digital bagi pengembara dari negara berisiko tinggi sepanjang tempoh kuarantin. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments