Oleh Soon Li Wei Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Berbanding dengan kanak-kanak lain yang mungkin tidak sabar untuk kembali ke sekolah, Alina (bukan nama sebenar) tidak sedikit pun menunjukkan rasa gembira. Bukan sahaja kerana sudah berbulan-bulan mengikuti kelas secara maya di rumah, Alina yang berusia 10 tahun ini sebenarnya berasa malu sekiranya ada orang yang akan melihat parut di tangan serta kakinya. Sejak diberhentikan kerja tahun lalu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Alina menjadi sasaran untuk ayahnya, seorang bapa tunggal, melepaskan tekanan dan saban hari dia dipukul. -BERNAMA

0 Comments