Rencana : COVID 19: Kes Jangkitan Semakin Terkawal Menjelang Fasa Endemik


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 2 Okt hingga pukul 12:00tgh 8 Okt 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.3 juta kes. Di peringkat global, lebih 237 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.8 juta. Lebih 214 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh. Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 223 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Tahap pemulihan Pandemik COVID-19 dalam negara semakin ketara menjelang sasaran pelaksanaan fasa endemik penghujung bulan ini, dengan mengambil kira angka pesakit sembuh berterusan mengatasi kes harian baharu. Faktor ini juga membantu mengurangkan kes aktif COVID-19 dengan kebolehjangkitan semalam, 7 Oktober kepada 129,049 kes berbanding 252,002 kes pada 7 Sept 2021. Setakat semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 12,884 kes sembuh, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,157,565 iaitu 93.3 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19 dalam negara. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments