Rencana : Apabila Si Cilik Gegarkan Litar Lumba


Oleh Balkish Awang  KUALA LUMPUR (Bernama) -- Jika kanak-kanak lain seusianya lebih banyak menghabiskan masa dalam dunia siber bermain permainan dalam talian dan melayari aplikasi seperti TikTok dan YouTube, Awwal Haiqal Mohd Safuan, 11, memilih aksi dunia nyata dengan berlumba motosikal mini untuk mengisi masa lapangnya.  Mungkin ada yang berpandangan hobi itu tidak begitu sesuai untuk seorang kanak-kanak kerana berisiko tinggi, namun bagi Awwal Haiqal, menunggang motosikal mini atau moto mini yang boleh mencapai kelajuan hingga 60 kilometer sejam tersebut, memberikannya satu kepuasan dan keseronokan yang tiada galang ganti. "Rasa memang seronok sangat. Walaupun dah banyak kali jatuh, kemalangan serta mengalami kecederaan seperti terseliuh dan retak di bahagian bahu, saya tidak berputus asa dan mahu melakukan yang terbaik," katanya ketika ditemui Bernama. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments