Oleh Balkish Awang Rencana ini bersempena Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api pada 21 Sept dan Hari Tanpa Kereta pada 22 Sept KUALA LUMPUR,(Bernama) -- Tidak dapat dinafikan udara berkualiti merupakan satu nikmat yang memberikan impak besar kepada semua jenis hidupan di muka bumi ini. Udara berkualiti bermakna kehidupan yang lebih berkualiti, khususnya dalam aspek kesihatan. Namun, aktiviti pembangunan yang pesat seiring peredaran masa menyaksikan kemerosotan kualiti udara yang dialami oleh semua negara di dunia ini, menyebabkan sebahagian negara maju telah mula mengorak langkah untuk membetulkan keadaan itu. Malaysia juga tidak ketinggalan sekalipun usaha yang dilakukan belum lagi secara menyeluruh. Antara usaha itu ialah sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api dan Hari Tanpa Kereta. Namun, kedua-dua program menuntut penglibatan orang ramai bagi memastikan kejayaan. -BERNAMA

0 Comments