Rencana : COVID-19: Hanya Sekitar 2 Peratus Kes Baharu Pesakit Kritikal Dan Perlu Rawatan Hospital


Oleh Melati Mohd Ariff Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 7 Ogos hingga pukul 12 tgh 13 Ogos 2021. Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 1.3 juta kes. Di peringkat global, lebih 206 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 4.3 juta. Lebih 185 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.  Pandemik COVID-19 sudah merebak ke 216 buah negara dan wilayah. KUALA LUMPUR (Bernama) -- Di sebalik kes harian baharu yang mencecah sehingga lebih 21 ribu semalam, hanya 440 kes atau 2.1 peratus melibatkan pesakit COVID-19 kategori 5,4 dan 3. Selebihnya, sebanyak 21,228 atau 97.9 peratus tergolong dalam kategori 2 (gejala ringan) dan 1 (tiada gejala). Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5.  Kategori 4 adalah untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments