Oleh Nurul Hanis Izmir KUALA LUMPUR (Bernama) -- Ramai yang mungkin sudah ‘mati akal’ apa yang boleh lagi dilakukan semasa ‘musim berkurung’ yang sudah berlarutan sejak tahun lepas. Apa kata cuba pula buat sendiri D.I.Y pengubahsuaian rumah. Bukan sahaja dapat mengisi masa tetapi juga menijmatkan perbelanjaan! Mungkin boleh cuba wujudkan suasana restoran atau hotel dalam rumah memandangkan sekatan pergerakan masih dikuatkuasakan. Inilah yang penulis dan suami lakukan memandangkan rumah baharu yang kami diami masih memerlukan banyak perkara untuk disiapkan. Sejuk mata memandang hasil gandingan kerja dengan suami, tambahan dapat mengawal kos perbelanjaan. -BERNAMA

0 Comments